Monday, March 14, 2011

Fadli & Maria - Cara Diaorang Berkenalan Sebenarnya..



Pada 11,12, dan 13 Mac 2011 yang lalu, kami xd visual sekali lagi menerima undangan untuk merakamkan majlis perkahwinan. Pasangan pengantin kali ini adalah saudara Fadli dan Maria. Antara perkara yang agak janggal pada majlis ini adalah , saya (dzulfadzli) memanggil nama saya sendiri iaitu fadli. dan saya rasa fadli pun merasai benda yang sama. Kadang kadang saya terperasan bila orang memanggil fadli saya pun tertoleh sekali.

Fadli dan Maria merupakan enthusiasis superbike, malah pertemuan pertama kami di Marina Bay amat mengejutkan apabila Maria melenjan Honda CBR dengan selamba sekali.

Anyway, video ini disiapkan dalam masa 7 jam mengedit tanpa henti. Video ini dimainkan sewaktu resepsi pengantin di Eastwood Golf Club Miri, dan alhamdulillah sambutan yang memberangsangkan dari tetamu yang hadir. Terima kasih orang Miri!

Kepada Fadli dan Maria selamat pengantin baru, keep on rolling bebeh!

Videographer : Brian, Dzulfadzli, Is Google
Editor: Dzulfadzli
Lagu : Train - Marry Me