Thursday, October 14, 2010

Syaiffrie and Masturi SDE Clips

THE SDE


Pada tarikh 101010, memang banyak permintaan untuk shooting video orang kahwin, namun kami telah diberi peluang untuk merakamkan saat perkahwinan Syaiffrie dan Masturi, atau lebih dikenali dengan Epi dan EE. Ini merupakan tugasan pertama di luar kawasan Bintulu dan tugasan pertama yang request Same Day Edit video yang akan ditayangkan sewaktu majlis resepsi. Overall, kami telah mengambil video selama 3 hari iaitu 8 untuk majlis akad nikah, 9 untuk majlis resepsi sebelah perempuan dan 10 untuk resepsi lelaki. Sewaktu resepsi, kami telah menayangkan 2 video SDE yang memaparkan interview rakan dan keluarga kedua dua belah pihak, serta SDE majlis pernikahan, dan resepsi perempuan.
THE INTERVIEW


Epi dan EE merupakan pasangan cinta monyet dimana percintaan mereka bermula pada zaman persekolahan, sewaktu Epi selalu bermain bola di padang di kawasan perumahannya, EE pula menggunakan laluan padang bola untuk ke sekolah setiap hari. Terdetik perkenalan yang akhirnya berakhir kepada majlis perkahwinan mereka kali ini. Tahniah Epi dan EE. (Lagu Bruno Mars - The Way You Are)