Monday, December 5, 2011

Sajjarul & Nurul Ain [ Love Save The Empty]



Pada 2.12.2011. Kami telah sekali lagi ke Miri Sarawak untuk shoot video perkahwinan. Lagu yang dipilih adalah daripada Erin Mc Carnley. Idea video ini diilhamkan daripada sebuah video daripada MayadStudios. Nurul Ain dan Sajjarul merupakan pasangan pengantin sporting. Bawak pegi laut ikut, masuk lalang baring atas rumput pun on saja. Ini merupakan wedding ke empat kami di miri xd visual.

Lagu : Erin McCarnley - Love Save The Empty
Videographers - Brian, Dzulfadzli, Enche Tat, Azeeq
Editor- Dzulfadzli

Monday, October 3, 2011

Zechary & Nadia [Sway to the Rhythm of Love]



Pada 1/10/2011, kami sekali lagi telah ke Miri untuk merakamkan satu lagi majlis perkahwinan. Zech dan Nadia merupakan kawan kepada Shahman dan Fera, yang pernah kami shoot tahun lepas. Kali ini, kami diilhamkan dengan iklan olympus pen stopmotion yang begitu unik. Kami bercadang untuk menggunakan teknik tersebut sebagai intro. Lagu yang dipilih oleh kedua dua pengantin amat saya gemari iaitu Rhythm of Love daripada Plain White T.

iklan olympus pen tersebut boleh dilihat pada link

youtube.com/​watch?v=m9Et7UQh1tg

Lagu : Plain White T - Rhythm of Love
Videographers - Brian, Dzulfadzli, Enche Tat
Editor- Dzulfadzli

Peter Sheddy & Evelyn Matra

This is the story of Peter and Evelyn



Peter and Evelyn - Take Me Higher


Perkahwinan Peter dan Evelyn dirakamkan seminggu selepas perkahwinan Crispin dan Daphne. Peter dan Evelyn merupakan dua orang sahabat yang kami kenali dari sekolah menengah. Kami tidak menyangka Peter dan Evelyn akan berkahwin kerana zaman persekolahan dulu mereka tidak pernah nampak seperti orang bercinta. I mean, masing masing dengan cinta monyet mereka. Hehehe. Namun berdasarkan kisah mereka, mereka sebenarnya ada "crush on each other" semenjak sekolah rendah lagi.

Kedua dua video ini dibuat untuk ditunjukkan sewaktu SDE Reception dan Majlis di Rumah Panjang.

Lagu - Taio Cruz -Higher
Videographers - Brian, Is Google, Adi, Enche Tat, Rizal
Editor - Brian

Sunday, July 10, 2011

Crispin & Daphne [You Have Stolen My Heart]



Highlight majlis perkahwinan kristian pertama kami! Crispin merupakan my best friend di sekolah menengah manakala Daphne adalah my junior di sekolah yang sama. Percintaan dari sekolah menengah ini akhirnya berakhir dengan perkahwinan. Kami telah membuat SDE Suprise! pada malam resepsi. Semoga C & D akan berbahagia hingga akhir hayat. BTW, kali ini muka saya (dzulfadzli) ada masuk didalam video sebagai penyanyi jemputan! hehe

Song : Stolen [Dashboard Confessional]
Videographers : Dzulfadzli,Brian,Is,Adi,Rizal,Hazeeq
Editor : Dzulfadzli

Monday, March 14, 2011

Fadli & Maria - Cara Diaorang Berkenalan Sebenarnya..



Pada 11,12, dan 13 Mac 2011 yang lalu, kami xd visual sekali lagi menerima undangan untuk merakamkan majlis perkahwinan. Pasangan pengantin kali ini adalah saudara Fadli dan Maria. Antara perkara yang agak janggal pada majlis ini adalah , saya (dzulfadzli) memanggil nama saya sendiri iaitu fadli. dan saya rasa fadli pun merasai benda yang sama. Kadang kadang saya terperasan bila orang memanggil fadli saya pun tertoleh sekali.

Fadli dan Maria merupakan enthusiasis superbike, malah pertemuan pertama kami di Marina Bay amat mengejutkan apabila Maria melenjan Honda CBR dengan selamba sekali.

Anyway, video ini disiapkan dalam masa 7 jam mengedit tanpa henti. Video ini dimainkan sewaktu resepsi pengantin di Eastwood Golf Club Miri, dan alhamdulillah sambutan yang memberangsangkan dari tetamu yang hadir. Terima kasih orang Miri!

Kepada Fadli dan Maria selamat pengantin baru, keep on rolling bebeh!

Videographer : Brian, Dzulfadzli, Is Google
Editor: Dzulfadzli
Lagu : Train - Marry Me

Sunday, January 2, 2011

Syahir & Shazana - The Girl Like You Impossible to Find



Alhamdullilah, terlebih dahulu ingin diucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua. Tahun 2010 ditinggalkan dengan seribu satu kenangan manis pahit dan sebagainya. Begitulah juga dengan pasangan Syahir dan Shazana. Syahir merupakan salah seorang rakan sepejabat kepada Brian Sie manakala Shazana merupakan adik kepada classmate Dzulfadzli. Pembikinan video ini tidak dapat dinafikan antara paling mencabar bagi kami yang baru berjinak jinak dalam wedding videography. Memandangkan upacara akad nikah diadakan pada sebelah pagi, kami mempunyai masa yang begitu terhad untuk menyiapkan Slide Show Presentation yang akan ditayangkan pada sebelah malam. Namun syukur video ini dapat dibuat dan disiapkan. Seorang lagi telah menyertai XD Visual. Welcome Adi!

(videographer: Anam Adi Dzulfadzli Brian)

Lagu : Secondhand Serenede - Fall For You