Monday, February 20, 2012

Andy & Farrah [ I Believe In You]


Andy merupakan abang kepada Nadia yang pernah kami shoot back in November 2011. This time, kami telah merakamkan video pertama kami di luar negeri Sarawak. Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun Andy nampak ganas diluar namun di dalam hatinya ada Nick Carter. (and very funny and playful) Tagline andy adalah "aight". Lagu yang dipilih sendiri oleh Farrah adalah daripada Joe and Nsync - I Believe In You. - Injoy! Bulih ba kalau kao!

Song - Joe & Nsync - I believe in you
Editor - Dzulfadzli
Videographers - Hazeeq, Brian, and Dzulfadzli

Monday, December 5, 2011

Sajjarul & Nurul Ain [ Love Save The Empty]



Pada 2.12.2011. Kami telah sekali lagi ke Miri Sarawak untuk shoot video perkahwinan. Lagu yang dipilih adalah daripada Erin Mc Carnley. Idea video ini diilhamkan daripada sebuah video daripada MayadStudios. Nurul Ain dan Sajjarul merupakan pasangan pengantin sporting. Bawak pegi laut ikut, masuk lalang baring atas rumput pun on saja. Ini merupakan wedding ke empat kami di miri xd visual.

Lagu : Erin McCarnley - Love Save The Empty
Videographers - Brian, Dzulfadzli, Enche Tat, Azeeq
Editor- Dzulfadzli

Monday, October 3, 2011

Zechary & Nadia [Sway to the Rhythm of Love]



Pada 1/10/2011, kami sekali lagi telah ke Miri untuk merakamkan satu lagi majlis perkahwinan. Zech dan Nadia merupakan kawan kepada Shahman dan Fera, yang pernah kami shoot tahun lepas. Kali ini, kami diilhamkan dengan iklan olympus pen stopmotion yang begitu unik. Kami bercadang untuk menggunakan teknik tersebut sebagai intro. Lagu yang dipilih oleh kedua dua pengantin amat saya gemari iaitu Rhythm of Love daripada Plain White T.

iklan olympus pen tersebut boleh dilihat pada link

youtube.com/​watch?v=m9Et7UQh1tg

Lagu : Plain White T - Rhythm of Love
Videographers - Brian, Dzulfadzli, Enche Tat
Editor- Dzulfadzli

Peter Sheddy & Evelyn Matra

This is the story of Peter and Evelyn



Peter and Evelyn - Take Me Higher


Perkahwinan Peter dan Evelyn dirakamkan seminggu selepas perkahwinan Crispin dan Daphne. Peter dan Evelyn merupakan dua orang sahabat yang kami kenali dari sekolah menengah. Kami tidak menyangka Peter dan Evelyn akan berkahwin kerana zaman persekolahan dulu mereka tidak pernah nampak seperti orang bercinta. I mean, masing masing dengan cinta monyet mereka. Hehehe. Namun berdasarkan kisah mereka, mereka sebenarnya ada "crush on each other" semenjak sekolah rendah lagi.

Kedua dua video ini dibuat untuk ditunjukkan sewaktu SDE Reception dan Majlis di Rumah Panjang.

Lagu - Taio Cruz -Higher
Videographers - Brian, Is Google, Adi, Enche Tat, Rizal
Editor - Brian

Sunday, July 10, 2011

Crispin & Daphne [You Have Stolen My Heart]



Highlight majlis perkahwinan kristian pertama kami! Crispin merupakan my best friend di sekolah menengah manakala Daphne adalah my junior di sekolah yang sama. Percintaan dari sekolah menengah ini akhirnya berakhir dengan perkahwinan. Kami telah membuat SDE Suprise! pada malam resepsi. Semoga C & D akan berbahagia hingga akhir hayat. BTW, kali ini muka saya (dzulfadzli) ada masuk didalam video sebagai penyanyi jemputan! hehe

Song : Stolen [Dashboard Confessional]
Videographers : Dzulfadzli,Brian,Is,Adi,Rizal,Hazeeq
Editor : Dzulfadzli

Monday, March 14, 2011

Fadli & Maria - Cara Diaorang Berkenalan Sebenarnya..



Pada 11,12, dan 13 Mac 2011 yang lalu, kami xd visual sekali lagi menerima undangan untuk merakamkan majlis perkahwinan. Pasangan pengantin kali ini adalah saudara Fadli dan Maria. Antara perkara yang agak janggal pada majlis ini adalah , saya (dzulfadzli) memanggil nama saya sendiri iaitu fadli. dan saya rasa fadli pun merasai benda yang sama. Kadang kadang saya terperasan bila orang memanggil fadli saya pun tertoleh sekali.

Fadli dan Maria merupakan enthusiasis superbike, malah pertemuan pertama kami di Marina Bay amat mengejutkan apabila Maria melenjan Honda CBR dengan selamba sekali.

Anyway, video ini disiapkan dalam masa 7 jam mengedit tanpa henti. Video ini dimainkan sewaktu resepsi pengantin di Eastwood Golf Club Miri, dan alhamdulillah sambutan yang memberangsangkan dari tetamu yang hadir. Terima kasih orang Miri!

Kepada Fadli dan Maria selamat pengantin baru, keep on rolling bebeh!

Videographer : Brian, Dzulfadzli, Is Google
Editor: Dzulfadzli
Lagu : Train - Marry Me

Sunday, January 2, 2011

Syahir & Shazana - The Girl Like You Impossible to Find



Alhamdullilah, terlebih dahulu ingin diucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua. Tahun 2010 ditinggalkan dengan seribu satu kenangan manis pahit dan sebagainya. Begitulah juga dengan pasangan Syahir dan Shazana. Syahir merupakan salah seorang rakan sepejabat kepada Brian Sie manakala Shazana merupakan adik kepada classmate Dzulfadzli. Pembikinan video ini tidak dapat dinafikan antara paling mencabar bagi kami yang baru berjinak jinak dalam wedding videography. Memandangkan upacara akad nikah diadakan pada sebelah pagi, kami mempunyai masa yang begitu terhad untuk menyiapkan Slide Show Presentation yang akan ditayangkan pada sebelah malam. Namun syukur video ini dapat dibuat dan disiapkan. Seorang lagi telah menyertai XD Visual. Welcome Adi!

(videographer: Anam Adi Dzulfadzli Brian)

Lagu : Secondhand Serenede - Fall For You

Sunday, December 26, 2010

Hadi Shahman & Dayang Ferazlyn [Miri Wedding]



Pada 18 Disember 2010, kami sekali lagi telah menjadi official videographer bagi majlis perkahwinan Hadi Shahman dan Dayang Ferazlyn. Majlis yang berlangsung di Miri dan Bintulu (pada 25 Disember 2010). Hadi Shahman merupakan rakan kepada kami dan merupakan seorang enthusiasis kereta. Secara keseluruhan, Shahman dan Fera merupakan pasangan yang ideal dan amat video friendly. Tiada sebarang masalah untuk merakamkan detik detik bersejarah dalam kehidupan mereka berdua. Video diatas merupakan slideshow presentation yang dimainkan sewaktu majlis resepsi di Dewan Suarah Bintulu.

Lagu : Matt Hires - Honey Let Me Sing You A Song

P/S : Untuk majlis ini, kami telah enroll seorang videographer. Khairul Annam, welcome to [x]d visual!

Thursday, October 14, 2010

Syaiffrie and Masturi SDE Clips

THE SDE


Pada tarikh 101010, memang banyak permintaan untuk shooting video orang kahwin, namun kami telah diberi peluang untuk merakamkan saat perkahwinan Syaiffrie dan Masturi, atau lebih dikenali dengan Epi dan EE. Ini merupakan tugasan pertama di luar kawasan Bintulu dan tugasan pertama yang request Same Day Edit video yang akan ditayangkan sewaktu majlis resepsi. Overall, kami telah mengambil video selama 3 hari iaitu 8 untuk majlis akad nikah, 9 untuk majlis resepsi sebelah perempuan dan 10 untuk resepsi lelaki. Sewaktu resepsi, kami telah menayangkan 2 video SDE yang memaparkan interview rakan dan keluarga kedua dua belah pihak, serta SDE majlis pernikahan, dan resepsi perempuan.
THE INTERVIEW


Epi dan EE merupakan pasangan cinta monyet dimana percintaan mereka bermula pada zaman persekolahan, sewaktu Epi selalu bermain bola di padang di kawasan perumahannya, EE pula menggunakan laluan padang bola untuk ke sekolah setiap hari. Terdetik perkenalan yang akhirnya berakhir kepada majlis perkahwinan mereka kali ini. Tahniah Epi dan EE. (Lagu Bruno Mars - The Way You Are)

Sunday, August 29, 2010

Bintulu Photographers Pre Raya Video Shooting




English Version
The festive season is around the corner, everybody is feeling the joy of Hari Raya Aidilfitri. The Bintulu Photographers have been organizing a photo-outing on the 29th August 2010 which was held in the evening at one of Bintulu's Ramadhan Bazaar. During the night we have been doing a video shoot for a Raya short video at the Orange Studio, a place where currently all photographers are meeting up. The whole process of the shoots are fun but also tiring. But in my opinion, the outcome of the video is very funny and enjoyable. Special thanks to all the Bintulu Photographers that have been involved in the whole shooting process.

The video was shot with Canon EOS 7D & 550D/T2i. Processed in Adobe Premiere CS5.

Thanks for watching & Selamat Hari Raya Aidilfitri from XD Visual.

Brian, Hazeeq & Dzulfadzli.

Versi Bahasa Melayu
Musim raya sudah semakin hampir, dan bahang aidilfitri semakin terasa. Bintulu Photographers pada 29 Ogos 2010 telah mengadakan sesi outing pada waktu petang  dan videoshooting di waktu malam. Secara keseluruhannya sesi video yang agak memenatkan namun seronok untuk diedit. Terima kasih kepada semua Bintulu Photographers yang terlibat dan sangat sporting dalam pembikinan short video ini. Anda boleh melihat klip video tersebut di atas. Sila beri komen dan pandangan anda...

Sesi outing di waktu petang sungguh memenatkan, tetapi menyeronokan dan diakhiri dengan sesi berbuka puasa di KFC. Sehingga kita bersesi outing di masa akan datang!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin daripada kami di XD Visual.

Brian, Hazeeq, dan Dzulfadzli